Friday, August 26, 2005 

Quick Updates

+ new blogs added
The Only Moment We Were Alone by Acap
Somewhere Only We Know by Faruq
+ got a new spanking message box (Msjbox) powered by Junaidix
it rocks! go here for more info on how you get one

later...


Thursday, August 25, 2005 

Bilik Kecil

sudah berpindah ke bilik kecil
semua kecil
rak kecil
meja kecil
tingkap kecil bersama langsir kecil
ada rug cantik berwarna-warni
rina hadiahkan.. nice
perlu beberapa lagi peralatan asas
cd player, pokok keladi, akuarium diy dengan ikan mini
poster Reservoir Dogs atau pun The Usual Suspects
tak pun At The Drive-In atau Radiohead
kat mana nak carik?
mesti beli stool.. mesti beli stool
warna apa ye

turquoise la kot, ke pink?
apa pendapat kawan-kawan?
pc ol-skool pentium III sudah berfungsi kembali
dengan hardisk baru dan ram yang baru
lamanya pc tu rosak
woo.. aku ada lagu Polythene dengan Elisebelle Tears la
marilah melawat
jangan lupa tapau char kue teow azimuddin dulu kat bawah
tapi lama tak nampak azimuddin
dengan baju sepultura nye
balik kedah kot...


Wednesday, August 24, 2005 

Sejenak Di Semenanjung

this post is way way due
(berlengah-lengah sungguh tidak bagus)
dah lama tak pegi gig, bukannya tak ada gig
setiap minggu mesti ada di Paul's Place
cuma tak ada masa dan mungkin tak ada kawan-kawan
dan mungkin sebab tak reti nak pegi
disebabkan ada kelapangan
jadi pergi ke Sejenak Di Semenanjung Tour 2005
hentian terakhir di Kuala Lumpur bersama saudara ijam
patut ada kawan lama bermain bass untuk They Will Kill Us All
tapi tak jadi, kecemasan...
Damn Dirty Apes pun tak jadi
ceh... baru nak tengok DDA main dub
ramai jugak orang tapi ramai lagi budak-budak lepasan SPM
Auburn main opening set ganti They Will Kill Us All
kali pertama tengok Auburn
modern rock kot dengan drummer yang pandai main
One Buck Short dengan gitaris sessionist
biasa la, lompat-lompat bertenaga (the band dan orang2 la)
aku duduk sahaja, angguk sikit-sikit...
then Cassandra
ingatkan screamo ala-ala Hawthorne Heights
rupanya hardcore
tak boleh pegi..
tak minat sangat kot
lepas tu baru Seven Collar T-Shirt
bangun la wei, ape duduk
Ham memang pandai main effect, hairdryer pun guna
Love Me Butch closing act
as tight as usual
persembahan bagus dari semua band
no funding no sponsors. head on diy
tepuk.. tepuk!
review lain di sini dan sini
gambar-gambar di sini

+ orang pegi rave party
aku masih pegi gig lagi
orang dengar Johan Gielen
aku dengar Bloc Party
gile tak pop culture
ceh!


Tuesday, August 23, 2005 

Pengemis Di Kotaraya



kalau berjalan-jalan di kotaraya
buat apa di kotaraya?
dulu kotaraya macam klcc
tu dulu la.. dulu
masa grunge
jeans paling lusuh yang ada
converse one star koyak2 tampal dengan solatape
bawak beg dalam ada walkman
kaset tak pearl jam, soundgarden, ratm
main snooker 'kalah-bayar'
dengan game 20 sen
pastu makan nasik ayam
kalau nak drumstick tambah 50 sen

sekarang nama saje kotaraya
tapi macam mini jakarta atau pun mini dhaka
tak pun mini kathmandu...
ha buat apa kat kotaraya?
balik kampung sebab bas aku kat puduraya
bas Selangor kaler merah
tau?
takde tabung syiling, pakai konduktor
tak payah sediakan wang syiling secukupnya
yg lagunya sentiasa tamil greatest hits atau pun tamil all time oldies
pasang maksimum punye volume..

mesti jumpa seorang lelaki india jual tisu kat tepi kotaraya
tepi tempat orang lalu lalang
dulu sorang-sorang
sekarang share dgn mamat2 indon tukang kasut
dengan minah2 indon jual makeup yang kalau pakai boleh kena kanser
kalau tengok kat soket mata dia, takda mata
tak penah aku sedekah kat die
beli tisu pun tak penah
tak penah jumpa ke?

Think Magazine buat satu video tajuk 'Kota Raya Beggars'
tengok di sini
watch his story
and yes, Think Magazine is my current favourite online magazine

lain kali mesti aku beli tisu...


Tuesday, August 16, 2005 

It's you and me connected to a satellite

playlist
+ Athlete - Tourist
+ LCD Soundsystem - LCD Soundsystem
+ A Silver Mt. Zion - This Is Our Punk Rock
+ KLPHQ - video from Baybeats 2005 (the link also includes other bands' video)


Wednesday, August 03, 2005 

Tired & Wired

Tired : Wired
---------------------------------------------------
exhaust fumes : haze
AP (Approved Permits) : AP (Ayah Pin)
Screenshots : Ada Apa Dengan Ayah Pin
php/mySQL/apache : ASP.NET/SQL Server/IIS
serdang : bukit damansara
casual everyday : casual friday
lrt/komuter : car-pooling
maybank2u : pbebank
alessio tacchinardi : patrick vieira
buying new stuff : selling old stuff
:
onitsuka tiger : steve jobs' new balance 991
left post 'deflecter' : first pusher
space-rock Damn Dirty Apes : dub/reggae Damn Dirty Apes
staying put : moving places
Kuala Lumpur : Kuala Kangsar
jeans : corduroy
Batang Berjuntai : Berjuntai Bistari
KLHA Pantai Stadium : Tun Razak Stadium
S.Kuhan : Zulkifli Rejab
CSI : CSI directed by Quentin Tarantino
fringe : rambut skema belah tengah


About me

  • I'm a m o y i e
  • From Kuala Lumpur, Malaysia
  • " SETIAP HARI HATI BERBUNGA..." Typical male that whines a lot. Most likely to be found struggling to deliver a solid grounder cross from the right side at the KLHA Pantai Stadium every Saturday night. Char Kue Teow at Mali's Corner is the best. Prefers British bands.

  • My profile

MSJBOX by Junaidix

Powered for Blogger
by Blogger Templates

Powered by Blogger

listed on myBlogCafe