'); preview.document.close(); }

« Home | Letak » | Tuah » | #17 » | 24 » | Lulus » | Terima kasih » | Tensi » | Tersungkur » | Silau » | Bergema takbir di Hari Raya (4U2C) »

Thursday, January 05, 2006

Black Metal di Malaysia

Image hosted by ruthlessreviews.com
Remaja Black Metal di Malaysia.
Dengan kapak ganas dan zip terbuka.


Tajuk post memang begitu supaya kalau orang Google pasal Black Metal senang nak jumpa. Lebih2 lagi wartawan Harian Metro yang kajiannya cuma diGoogle sana sikit sini sikit terus tulis macam2. Ape benda yang kecoh pasal Black Metal? Black Metal tu cuma salah satu genre muzik Sama macam pop, dangdut, rock dan beratus-ratus yang lain. Kalau genre die pun dah banyak, so orang2nya pun banyak la jugak.

Jadi apa masalahnya? Kalau XPDC korang kata metal boleh pulak. Amuk pakai topeng dengan vocal ala growlnye boleh pulak. Hai media media. Cubalah buat laporan yang betul sikit. Dah la semua stesen tv Media Prima nak beli, jadi mana kebebasan media? Nasib 8tv je ok sikit.

Tah mana hala budak sekolah lepasan SPM yang konon nak cool kecoh2 "aku black metal, minum darah kambing". Biase la budak2. Skinhead pakai boot ayah ada, Mat Rempit jeans kaki kecik ada, emo My Chemical Romance ada. Semua ada. Media memang suka benda-benda camni. Sensasi die kata. Letak gambar orang rambut panjang, baju itam dengan font yang susah nak baca cukup la. Dah abis Black Metal. Tapi kalau pemuzik tempatan posing tak baju ambik gambar tepi kolam boleh pulak. Tangan letak belakang kepala badan senget sikit. Tajuk : "Boboy dah ada awek".

Sebab Pesta Seks Langkawi tak jadi (tah betul tah tidak), jadi diorang teruja la bila tau konon ada gathering black metal kat Paul's Place. Jumpe tak kambing ke, pisau toreh darah ke? Band2 tu semua sama la main muzik. Contoh apa? Peter Pan? Main muzik gak tapi pop. Semua orang suka, tapi ada gak orang tak suka kan? So sama la dengan mereka. Peter Pan superstar, pegi klcc orang serbu. Ramai peminat, boleh la main stadium merdeka ke stadium bkt jalil ke. Lagipun diorang full time musician. Budak2 tu just doing it for fun. Pegi jugak klcc tapi tak kena serbu la. Mungkin nak tengok wayang ke, makan rotiboy ke.
Diorang nak share muzik diorang. Kat tempat2 macam Paul's Place la diorang boleh main pun. Hobi la hobi. Kalau hobi ko memancing, ko akan kumpul hari minggu ke ramai2 pegi memancing kan?

TV pun tak nak ketinggalan. Malam tadi tengok cerita melayu paling lucu di dunia. Gerak Khas isu Black Metal. Huhuhu.. lawak nak mampos. Make up tak ganas sangat. Patut ada senjata tajam2 sikit. Slipknot pun boleh jadi Black Metal? Untung la peniaga uptown sebab banyak t-shirt jual. Dah abis dah kot kes vcd cetak rompak. Episod depan anggota Gerak Khas mesti dah naik pangkat sebab dapat selesaikan kes Black Metal. Dah bertahun-tahun cerita tak naik2 pangkat pun. Balik2 inspektor, sarjan, inspektor, sarjan. Abis asyik kes vcd cetak rompak je...

Interview antara reporter NST (R) dengan Rafil (Me)
* Rafil of the band 360 Degress Head Rotation and one of the organizer

Reporter: Did you notice any indication of Satan Worship at Paul's Place?
Me: No
R: Was there a goat present?
Me: Excuse me?
R: A goat.
Me: Kambing?
R: Ya, kambing.
Me: Kambing hidup?
R: Ya, kambing hidup.
Me: Kambing hidup, lari-lari kat venue Paul's Place?
R: Ya.
Me: Kat luar ada kedai mamak, ada kemungikinan besar diorang jual kari kambing. Tapi dalam venue tak nampak.
R: OK, so takde kambing?
Me: Yang lari-lari kat stage, takde. Kalau tapau kari, roti bawak masuk, saya tak pasti.

Sengal? Nak pengsan gelak.

Tapi aku Death Metal... Lagi ganas dari Black Metal. Tapi tu pun tak ganas lagi tu. ganas lagi Black Mental TV3. Boleh jadi gile wo! Link TV3 die dah update. Tapi aku ada bukti die mental. Huhu

Image hosted by Photobucket.com

Bacaan selanjutnya:
Ricecooker
Malaise Forum
Malaise Open Letter to Harian Metro
Media & Black Metal in Malaysia
Brand Malaysia


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...

Add a comment

 

About me

  • I'm a m o y i e
  • From Kuala Lumpur, Malaysia
  • " SETIAP HARI HATI BERBUNGA..." Typical male that whines a lot. Most likely to be found struggling to deliver a solid grounder cross from the right side at the KLHA Pantai Stadium every Saturday night. Char Kue Teow at Mali's Corner is the best. Prefers British bands.

  • My profile

MSJBOX by Junaidix

Powered for Blogger
by Blogger Templates

Powered by Blogger

listed on myBlogCafe