Thursday, September 29, 2005 

I want to be the hero in her skies


did I say that I loathe you?
did I say that I want to leave it all behind?
no hero in her skies
i can't take my eyes off of you

Damien Rice - The Blower's Daughter

(live from Union Chapel, London)


Monday, September 26, 2005 

4 1/2 minit lagi!

KLHA Hockey League 2005
lwn Malay Mail : 3-2
lwn Felda : 1-1
lwn Taman Ehsan : 1-0

semalam lawan Taman Ehsan (team mana hala ni?)
woo... pandai main siot
semua berpengalaman, dan pukul bola kuat gile babi
lagi 10 minit masa permainan nak tamat, masih terikat 0-0
bukan takde peluang tapi semua tersasar...
rugi kalau seri, boleh menang ni
" ha, masuk main forward " , kata coach kepada ku
ha? forward pulak? takpe.. boleh boleh.. dulu kat sekolah memang main forward pun kan?
4 1/2 minit lagi, cross datang dari sebelah kiri
alamak, tak sampai ni...dive la, ape lagi
abis la bercalar tangan kalau dive ni
lepas dive tu samar-samar tengok bola masuk
gol! gol wei... wuhu
kalau ada rezeki boleh score lagi heh

Selangor menang FA Cup
indon connection memang berkesan
pegi stadium? tak.. tengok laip kat tb je
Perak banyak peluang la....
padang macam petak sawah dengan kaler ala-ala camouflage
komentator? adoi.. ape punye sengal
tak habis-habis dengan umur pemain dengan fakta
kalau ade serangan je mula exited, jerit jerit nak pecah speaker tb
Kadir Buyong pun datang lambat, makan dulu kot
komen pilihan : " satu percubaan yang sungguh berbahaya, tetapi tidak menepati sasaran "
tak menepati sasaran macamane nak bahaya? aiyak...

siapa ada kelapangan boleh la ke msjbox timeout
klik banner untuk maklumat lanjut


Thursday, September 22, 2005 

Juara

sudah lama tak main futsal tapi biase la, masih ada bakat
macam naik basikal la, takkan lupe punye
punye la berbakat sampai jadi juara IFC cup...
ade la jugak score (yang tak berapa lembu sangat)
hari yang sama team rakan2 sekolah pun jadi juara untuk kali ke 2 berturut-turut
tahun lepas main, tahun ni tak main
memang kami semua berbakat.. tepuk.. tepuk
siri 'futsal-untuk-yang-sebut-futsol' tektik asas #3:
katakan kalau team jahat ada sorang yg star gile babi
tak boleh nak kejar sebab die laju
tak boleh nak tackle sebab die skill
tak boleh nak biarkan kang die shoot power
tak boleh nak marking sebab die fit
so nak buat macamane?
bagi je bola celah kangkang, atau pun 5 ringgit martin tyler kata, ataupun nutmeg org kampung kata..
ekspresi muka si star amatlah tidak ternilai
dan biarkan dia dengan bersemangatnya mengejar anda untuk membalas dendam
takpe kalau kalah 10-0 pun, nutmeg lebih bermakna
kalau boleh buat 2-3 kali, anda memang maradona!
hoki lawan malay mail haritu?
menang tipis 3-2, game pertama memang selalu begitu
game seterusnya harini, jam 8.30pm lawan felda
futsal la hoki la, perut boroi jugak (orang la, bukan aku...)


Friday, September 16, 2005 

Baru

+ new template
woo template baru.. ada kaler2, cantik ke?
cantik.. cantik, takkan nak minimalist putih je, ni minimalist la jugak
(marahla yuyu si minimalis)
nak template baru? pree sahaja di sini

+ intake
esok first game KL hockey league lawan malay mail
mesti keluar paper hari ahad heh
lama2 training kita lihat hasilnya... melihat ke hadapan (looking forward) untuk bermain
nak beri sokongan? mari2.. 7pm pantai kl stadium (sebelah um)

tokyo godfathers (DVD)
audioslave - killing in the name (live video at live8 berlin) : cornell nyanyi? merah2 muka....
kaiser chiefs - i predict a riot (live video at carling live)
surfing? try flocking
one tool to rule them all
nama cyborg saya :
Artificial Mechanical Organism Yearning for Immediate Exploration


Thursday, September 08, 2005 

Sekarang

+ playlist
Jack Johnson - In Between Dreams - banana pancakes for everyone
Death Cab for Cutie - Soul Meets Body (Video)
Franz Ferdinand - Do You Want To? (Video) - the new single. "you lucky lucky you're so lucky!"
Kaiser Chiefs - Live at 'Xfm Session'
Editors - Live at 'X-poseur Live' (Video) - I hear Interpol and I don't care
Love Me Butch - Reconcile (Video) - live footages
Sideways DVD - Paul Giamatti is a genius!

+ obsesi
menghias dan mengemas bilik. cermin besar.. wuhu
mencari padanan, woo best gile koleksi..
Lim Kit Siang
it's not what you do, it's who you know


Tuesday, September 06, 2005 

Masih Ada Bakat


menang! menang! menang!
(berlagak gile)
rupanya masih lagi ada bakat
ingatkan dah takde harapan langsung
menang trip? kereta? set dvd? wooo..
ceh.. angan-angan boleh la.. lagi kayakan NST ade la
menang saguhati je
hadiah? bekalan sebulan kinder bueno
sebulan mende.. kinder bueno x 30 pack
abis kalau makan sehari 2 pack? 15 hari je
kalau sehari makan 30 terus? bekalan sehari la
saguhati pun saguhati la
dah lama gile tak menang apa-apa
kira macam striker yang dah berbulan-bulan tak score goal
sherkawi jirim kata "ayam tambatan kemarau gol"
lepas tu score bola muntah, 3 yards depan gol, keeper takde
yang kalau pakai hidung pun boleh score
macam drogba score lembu dengan kepala lututnya
woo marah la penyokong chelsea... :)
lepas ni tunggu la kalau betul masih ada bakat lagi
clk... clk.. clk...
dah ready ayat nak cakap kat wartawan
"apa yang ingin encik katakan setelah memenangi peraduan ini? "
ayat mestila ada bahasa inggeris, baru nampak sofistikated
campur-campur la..
macam yang selalu kat berita tu kalau ada orang kena interview...


Monday, September 05, 2005 

Cerita Hujung Minggu

tengok gol & gincu bersama kekasih hati
(la.. baru nak tengok? orang dah lama la wei)
" betul ke wei u nak tgk cerita melayu ni? "



heh.. ada ka patut. suke apa tengok cerita melayu
gila-gila remaja, ali setan, adik manja.. dharma harun memang klasik
dulu masa kanak-kanak nak nama 'azroy'
wooo gile cool..
bukannya jauh pun, sikit je lagi nak jadi azroy
dulu la kanak-kanak, senang terpengaruh dengan tv
ada iklan dindang terus pegi kedai beli
50 sen... tapi hadiah dia stok lama punye
bukan yang dalam tv.. ceh
sama jugak macam tora dengan robo
tora harga seringgit, robo 2 ringgit
tipu betul, baik beli cikedis, tak pun gula-gula cap udang yang plastik die boleh makan tu
muruku ikan cap bayi pun sedap gak
oh ye, gol & gincu..
best best... sebab bukan cerita en. yusof atau pun en. razak
dialog macam perbualan seharian, tak payah susah-susah nak cakap
"dato', bekalan vcd kita daripada castello sudah tiba di pelabuhan. saya dan iskandar akan pergi ke sana"
nak dating pun tak payah nak naik kereta sport dan pergi ke atas bukit
yang mesti ada asap-asap sikit (kabus kot)
tunggu tepi kereta pastu hero datang naik moto besar
hero g&g naik basikal je...

+ bilik kecil updates
stool sudah dibeli... kaler pink
sudah ada cd player dan pokok mini
poster radiohead diimport dari uk juga sudah ada
tapi masih belum diframekan
sedang menunggu bungkusan barang hiasan dari singapura


Friday, September 02, 2005 

Merdeka

Selamat Hari Merdeka yang ke-48
selamat nyanyi lagu Jalur Gemilang
yang paling kurang mesti ulang 3 kali
lambat sikit la wish..
ada lalu kat federal highway, tepi angkasapuri?
penuh woo dengan bendera
(tapi masih tak faham dengan tujuan lagu Negaraku punye skor kat tepi tu)
mungkin kalau terlupa not
boleh rujuk dan ingat " ooo... C rupaya.. "
buat apa di malam merdeka?
mat wea tengok bunga api
bersama kekasih hati
bersama juga dengan orang-orang Indon berambut dawai
dengan seluar jeans ketat kaki bell-bottom
KLCC jadi mini jakarta ke?
adiman balik kampung, jumpo gu lepok di pade bah
kita nak buat apa b?
jam le.. lrt pun penuh dengan family bawak belon bentuk binatang
jalan-jalan cari makan jela...
duduk-duduk dan lepak-lepak
cuti esok baru jalan jauh-jauh sikit
mana? kuala kangsar nak?
hmm tapi yut loy mesti tutup.. cane nak makan pau


About me

  • I'm a m o y i e
  • From Kuala Lumpur, Malaysia
  • " SETIAP HARI HATI BERBUNGA..." Typical male that whines a lot. Most likely to be found struggling to deliver a solid grounder cross from the right side at the KLHA Pantai Stadium every Saturday night. Char Kue Teow at Mali's Corner is the best. Prefers British bands.

  • My profile

MSJBOX by Junaidix

Powered for Blogger
by Blogger Templates

Powered by Blogger

listed on myBlogCafe