Monday, January 09, 2006 

Cermin Syaitan!

Harian Metro Edisi KL : Kitab Black Metal
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
Isnin 9 Januari 2006

"Di depan pemain dram kumpulan berkenaan pula diletakkan cermin dan kebanyakan pengikut yang sudah sampai ke tahap ‘rasuk’ akan meletakkan tangan pada cermin itu seperti menggapai secara beramai-ramai. "

Wo. terkejut baca berita ni, macam nak sakit jantung
baru lah aku tahu sekarang
nasib baik tak pernah pegang cermin depan drum tu
dah agak dah ada sesuatu pasal cermin tu
kalau tak mungkin dah dirasyuk syaitan
nasib baik.. nasib baik...
selama ni tertipu dengan propaganda orang putih
mereka kata cermin tu nama dia plexiglass
konon nama canggih dapat menipu kita?
plexiglass konon...
ceh! lepas tu mereka kata plexiglass tu adalah sebagai sound shield
sound shield for
instrument sound control
fungsinya adalah untuk 'reduce your drum volume levels and clean up your stage sound'
gile terperinci penjelasan mereka
masukkan saja 'plexiglass sound shield' di google dan search
macam-macam propaganda mereka
hai orang putih orang putih...
gambar-gambar cermin syaitan ada di sini, sini dan sini
memang meluas sebaran propaganda mereka ni
sehinggakan Ashlee Simpson pun menggunakan cermin syaitan!
yang paling berbahaya sekali mereka mengajar untuk memasang sendiri cermin syaitan ini!
nasib ada suratkhabar Harian Metro membimbing kami
suratkhabar lain muka depan die buat cerita selsema burung la, mak dan anak la, Pak Lah la
sapa nak baca semua tu? tak sensasi langsung
terima kasih kepada Harian Metro sebab lain dari yang lain
berita yang sentiasa sensasi dan tepat
teruskan usaha abang
Zainal Zawawi!
you are da man! :)


 

Terbaik 2005

List Terbaik 2005
terbaik = paling selalu = terbaru = most memorable
isikan mana sesuai. agak lambat tapi masih valid
akan tambah lagi kalau ada yang terlupa
disebabkan ada kekangan di ofis, terlepas banyak music
movies pun sama, tak tengok banyak movies last year

Makan:
1. Char Kue Teow + ayam Mali's Corner, Setapak
2. Nasi Ayam + Kerabu Mangga Chee Meng, Bukit Bintang
3. Chicken Gordon Blue Chop N Steak Kg Baru

Music:
1. Broken Social Scene - Broken Social Scene
2. Sigur Ros - Takk
3. Sufjan Stevens - Illionoise

Radio:
1. Klasik FM
2. Red 104.9
3. XFresh FM

Local Bands:
1. Kuala Lumpur Post-Harmonic Quintet
2. Furniture
3. Seven Collar T-Shirt

DVD:
1. Layer Cake
2. Shaun Of The Dead
3. Family Guy

Buys:
1. The engagement ring
2. Onitsuka Tiger Mexico 66
3. Nintendo Game Boy Advanced SP

Events:
1. Engagement
2. The Malay College Kuala Kangsar Centenary Celebration
3. Anak-anak buah yang baru (3 of them)

TV
1. Queer Eye For the Straight Guy
2. The Simpsons
3. American Chopper/Pimp My Ride (tied)

Movies:
1. Kungfu Hustle
2. Star Wars Episode 3: Revenge of the Sith
3. Sepet

Post
1. Peminat!
2. Orang Malaysia
3. Pengemis Di Kotaraya

Sports
1. KLHA Hockey League 2005
2. IFC Cup 2005 (Futsal)
3. IFC Social Friday Futsal

Work
1. 3-Tier Architecture
2. Stored Procedure
3. Custom Control


Thursday, January 05, 2006 

Black Metal di Malaysia

Image hosted by ruthlessreviews.com
Remaja Black Metal di Malaysia.
Dengan kapak ganas dan zip terbuka.


Tajuk post memang begitu supaya kalau orang Google pasal Black Metal senang nak jumpa. Lebih2 lagi wartawan Harian Metro yang kajiannya cuma diGoogle sana sikit sini sikit terus tulis macam2. Ape benda yang kecoh pasal Black Metal? Black Metal tu cuma salah satu genre muzik Sama macam pop, dangdut, rock dan beratus-ratus yang lain. Kalau genre die pun dah banyak, so orang2nya pun banyak la jugak.

Jadi apa masalahnya? Kalau XPDC korang kata metal boleh pulak. Amuk pakai topeng dengan vocal ala growlnye boleh pulak. Hai media media. Cubalah buat laporan yang betul sikit. Dah la semua stesen tv Media Prima nak beli, jadi mana kebebasan media? Nasib 8tv je ok sikit.

Tah mana hala budak sekolah lepasan SPM yang konon nak cool kecoh2 "aku black metal, minum darah kambing". Biase la budak2. Skinhead pakai boot ayah ada, Mat Rempit jeans kaki kecik ada, emo My Chemical Romance ada. Semua ada. Media memang suka benda-benda camni. Sensasi die kata. Letak gambar orang rambut panjang, baju itam dengan font yang susah nak baca cukup la. Dah abis Black Metal. Tapi kalau pemuzik tempatan posing tak baju ambik gambar tepi kolam boleh pulak. Tangan letak belakang kepala badan senget sikit. Tajuk : "Boboy dah ada awek".

Sebab Pesta Seks Langkawi tak jadi (tah betul tah tidak), jadi diorang teruja la bila tau konon ada gathering black metal kat Paul's Place. Jumpe tak kambing ke, pisau toreh darah ke? Band2 tu semua sama la main muzik. Contoh apa? Peter Pan? Main muzik gak tapi pop. Semua orang suka, tapi ada gak orang tak suka kan? So sama la dengan mereka. Peter Pan superstar, pegi klcc orang serbu. Ramai peminat, boleh la main stadium merdeka ke stadium bkt jalil ke. Lagipun diorang full time musician. Budak2 tu just doing it for fun. Pegi jugak klcc tapi tak kena serbu la. Mungkin nak tengok wayang ke, makan rotiboy ke.
Diorang nak share muzik diorang. Kat tempat2 macam Paul's Place la diorang boleh main pun. Hobi la hobi. Kalau hobi ko memancing, ko akan kumpul hari minggu ke ramai2 pegi memancing kan?

TV pun tak nak ketinggalan. Malam tadi tengok cerita melayu paling lucu di dunia. Gerak Khas isu Black Metal. Huhuhu.. lawak nak mampos. Make up tak ganas sangat. Patut ada senjata tajam2 sikit. Slipknot pun boleh jadi Black Metal? Untung la peniaga uptown sebab banyak t-shirt jual. Dah abis dah kot kes vcd cetak rompak. Episod depan anggota Gerak Khas mesti dah naik pangkat sebab dapat selesaikan kes Black Metal. Dah bertahun-tahun cerita tak naik2 pangkat pun. Balik2 inspektor, sarjan, inspektor, sarjan. Abis asyik kes vcd cetak rompak je...

Interview antara reporter NST (R) dengan Rafil (Me)
* Rafil of the band 360 Degress Head Rotation and one of the organizer

Reporter: Did you notice any indication of Satan Worship at Paul's Place?
Me: No
R: Was there a goat present?
Me: Excuse me?
R: A goat.
Me: Kambing?
R: Ya, kambing.
Me: Kambing hidup?
R: Ya, kambing hidup.
Me: Kambing hidup, lari-lari kat venue Paul's Place?
R: Ya.
Me: Kat luar ada kedai mamak, ada kemungikinan besar diorang jual kari kambing. Tapi dalam venue tak nampak.
R: OK, so takde kambing?
Me: Yang lari-lari kat stage, takde. Kalau tapau kari, roti bawak masuk, saya tak pasti.

Sengal? Nak pengsan gelak.

Tapi aku Death Metal... Lagi ganas dari Black Metal. Tapi tu pun tak ganas lagi tu. ganas lagi Black Mental TV3. Boleh jadi gile wo! Link TV3 die dah update. Tapi aku ada bukti die mental. Huhu

Image hosted by Photobucket.com

Bacaan selanjutnya:
Ricecooker
Malaise Forum
Malaise Open Letter to Harian Metro
Media & Black Metal in Malaysia
Brand Malaysia


About me

  • I'm a m o y i e
  • From Kuala Lumpur, Malaysia
  • " SETIAP HARI HATI BERBUNGA..." Typical male that whines a lot. Most likely to be found struggling to deliver a solid grounder cross from the right side at the KLHA Pantai Stadium every Saturday night. Char Kue Teow at Mali's Corner is the best. Prefers British bands.

  • My profile

MSJBOX by Junaidix

Powered for Blogger
by Blogger Templates

Powered by Blogger

listed on myBlogCafe